Monday, November 29, 2010

Hari hari macam ni. Humpphhh

Bosannye hari hari online then tengok tv pastu makan last sekali tido. huhh ! benci nye. tak de benda lain yang nak dibuat. nak kua lepak kawan kat sini pon tak ramai. maklomlah tak popular. hehe. Actually tak sabar nak jalan singapore naik basikal. Ada event ride 150km seluruh singapore. excitednye ! mesti mase tu basikal aku kot yang paling buruk. hehe. ok nak cite pasal malam tadi ada kemalangan berlaku depan mata. first time seyh. takot tengok budak dua orang tu. sorang kepala bedarah and sorang lagi macam dah tak bermaya. nasib baik ada orang tolong bawak g klinik. Tempat eksiden tu gelap,lampu jalan tu ada tapi tak hidup that why eksiden tu boleh berlaku. bahaya betul. ape lah kontraktor jalan tu kan. Menyusahkan pengguna jalan betul. ok jam menunjukkan pukul 4.11am dan tak de pape pon nak dibuat. dah boleh tido la ni. ok goodnite people. dadaa <3

Sunday, November 28, 2010

Badan sakit.

ouchhhhhhhhhhh ! so sick. badan sangat sakit. tu lah semalam ngade ngade sangat nak g gig. kan dah sakit. padan muke kau arin, hahaha. tapi semalam paling best sbb ada breakin chain. korang mmg terbaik. sayang korang, hehhe. ok nak cite cikit pasal obses aku terhadap gig nie. semenjak dari abis SPM aku dah start suka kat gig. mula ngn indie sampailah ke last genre aku suke. hardcore. iye,hardcore lah last genre yang aku minat. aku tak tau nape tapi bile sebuah band live perform depan aku dengan bunyi alunan gitar,aku rasekan suatu kekuatan dari diri aku. tapi yang bestnye time time band tengah perform pon aku boleh emo sekejap sbb kadang kadang aku flashback pasal kehidupan aku then aku lepaskan lah kat gig tu. Sekarang ni gig pon dah makin kurang sambutan. kalau ada gig pon yang datang tu cume bape orang je boleh dikira. aku respect sangat kat band yang sanggup jaoh jaoh datang semata mata nak perfom walaupon diorang langsung tak dapat bayaran. okayy sampai sini je la untuk entri kali ini. berjumpa lagi di lain post. byebye <3

Friday, November 26, 2010

sumpah kau comel


Antara sebab kenapa aku masih tak boleh lupakan kau adalah sebab kau comel. sumpah doe kau comel. hahaha. kalau kau bace entri ni nadia mesti kau marah gila kat aku kan. tapi aku tak peduli semua tu. haha.
kenapa la kan kau comel. tgk la pipi kau tu dah macam kuih pau dah,bibir kau dah macam nak kena gigit taw! hahaha. aku geram doe ngn kau. aku nak culik kau pastu aku nak ajak kau kawin lari kat thailand sana, nnti dah kawin boleh aku tgk muke kau yang comel tu hari-hari. bangun tido je terus tgk muke kau nadia.. wahh bestnye.. hehehe. jom la kawin ngn aku nadia, jom jom. :-)

Thursday, November 25, 2010

im not "stump"

Kehadiran aku disetiap harimu amat menyeksakan kau. aku bagaikan seorang manusia yang tak punyai apa. aku sedar diri aku tidak sempurna. au tahu aku tidak seperti lelaki yang kau idamkan tapi kau perlu tahu aku punyai hati yang ikhlas. Apa kesan aku terhadap kau wahai perempuan ? ikhlas kah kau melayan aku ? adakah kau sengaja melontarkan lakonan selama ini ? salahkah aku menemani kau ? aku perlukan kau tetapi kau mengendahkannya. Ingati lah setiap kataku dan itu adalah benar. berubahlah wahai "perempuan". aku sudah penat untuk melayan setiap alasan kau. aku tahu itu semua dusta. tapi demi kau aku percaya. aku bukan bodoh,aku menghormati kau. sampai bila kau perlu begini ? sedarlah wahai "perempuan",


*perempuan = someone 

bye bye Melaka,Hello Batu pahat !


Dataran batu pahat

Siang tadi selesai sudah paper terakhir aku untuk sem 3. setelah di belenggu selama hampir seminggu dengan persiapan untuk final exam akhirnya aku bebas. Bebas untuk cuti sem selama 3 minggu. cukup tak ? tak cukup la. Dato' Saroni boleh tak kalau tambah lagi sebulan cuti tu ? hehehe

Cuti agak-agak nak buat ape. Hmmmmmmmm. Okay first mesti kena siapkan basikal untuk ke Tour of Singapore. yeaayyyyyyyyyyy ! singapore. harap masa tu dapat meet kawan baru. dapat tgk basikal yang cantik dan mahal belas belas ribu. ohh lupe pulak pasport belum buat. heee. ishhh bila la loan nak keluar ni. banyak benda nak kena buat ni. ishhh saba je la. 

Seronok-seronok jugak. Pointer sem ntah bape agaknye kan. Hmmmm. harap harap memberangsangkan lah. saya nak graduate . please anyone help me. sobsobb -___-






Tuesday, November 23, 2010

Nak ni !


cantik tak kasut ni ? yeke cantik ? okkayy saya nak kasut ni. kasut untuk sem depan. actually ada satu lagi warna. warna hijau tapi saya tak nak. nak warna merah jugak. boleh ke nak bawak g koleg kasut ni ? kang nnti orang cakap aku menunjuk kasut pulak. ahhhhh peduli apa la. bukan kasut korang pon. kasut aku kan. haha. belagak kan saya ? ok kena dapatkan kasut ni.mesti nak beli. ingat. mest nak beli !im wait for you nike sb! 

Tuesday, November 16, 2010

Rindu ini orang.

Nadia & ayit

Rindunye dekat dua orang ni. rindu sangat-sangat. dulu selalu lepak sama-sama, kalau turun jb je muke-muke ni la yang selalu menemani aku. lepak sampai lebam,tengok movie la teman aku shopping la. thanks friends ! i love u all ! tapi sekarang hubungan dah tak macam dulu. dah tak semesra dulu.dah jarang lepak. sedihnya. bila la agaknya dapat lepak sama-sama lagi kan. Harap-harap kalau aku ada buat silap kat kotang berdua ni aku mintak maaf taw. aku sentiasa ingat kat korang. nnti kalau jumpe tergur-tegur la taw. ok dah panjang sangat ni aku bebel. hahaha. see u in the next post. tataaa

Selamat Hari Raya Aidiladha !


Selamat hari raya aidiladha diucapkan kepada seluruh umat islam didunia. bersyukur kerana masih dapat merasai kenikmatan berhari raya bersama keluarga tersayang. harini sangat best,bangun je dari tido tengok-tengok dah ada nasi himpit,ayam masak kicap,sambal kacang,wahh sedapnyeee. kat kawan-kawan yang kat rumah sewa kat melaka tu jangan risau tak dapat makan taw,kang aku balek ni aku bawakkan makanan untuk korang. makan la sampai lebam. hahahaha. ok dikesempatan ini,saya nazrin shah ismaon ingin memohon maaf kepada sesiapa yang mengenali diri ini jika ada terkasa bahasa,terkecil hati ke. almaklom la kita kadang-kadang tak sedar yang kita dah buat silap so jangan berkecit hati yea. sekian saja dari saya. bye!

siapa dia ni ?

hye awak . boleh kenal tak ? sape nama awak ? awak duduk mana ? awak,awak, dengar tak saya cakap ni. nape awak diam je nie. awak ni sebok je ngn rim awak tu,tak endahkan saya pon. huhh ! benci!. hahaha

sapa minah ni ? ada sapa-sapa kenal tak? kalau ada tolong bagitau saya taw taw. hhaha. cantik la dia taw comel pon. saya suke tgk muka dia. kalau saya nampak awak kat mane-mane saya terus culik awak taw. haaaa jage-jage. uhhhhhh! shitt man ! bila la nak dapat awek comel camni kan.

beskal/basikal





Tak kisah lah orang nak cakap fixie ni hipster ke ikut trend ke ape ke yang penting aku rase "cool" sangat bile bersama basikal aku. hahaha. betul la ingat tipu ke. korang sume tak pernah rasa kan bawak basikal bile dah besa ni. cuba la sesekali bawak basikal then korang akan dapat rasakan apa yang aku rasa. bila stress senang aja ! just take your bike and ride la sampai mampus laju laju sorang sorang. ok gerek kan? nak emo sambil ride pon boleh. nampak kan permainannye,nampak tak nampak tak ? hahaha

kucing ohh kucing


meoww meoww meoww. comelkan kucing ni. ohh mann ! saya dah mula obses semula denga kucing. tak tau lah nape kan. bile tgk balek gambar kat atas ni rasa macam nak hug and kiss je kucing ni kan.. hiishhh nape la kau comel sangat kucing. meoww meooww meh sini meh. ishhh gerammnyeeee ! p/s sape-sape ada kucing sila sedekahkan satu. hahaha

Nak baju ni

saya nak saya nak ! saya nak baju. baju ni ! ohhhhh cantik sangattt. baju ni baju rebel8. harap-harap baju ni ada kat crossover. harap-harap juga tokey crossover tu bawak masuk baju ni. agak-agak kalau aku ni anak or adik tokey kedai tu kan best,dapat pakai ape baju pon yang aku nak. hahaha bestnye.

Rindu !


ohhhhh tidakkkk ! rindunya sama handphone yang hilang tu !! dah bukan rezeki aku nak pakai handphone tu lame lame kan. aku pon rasa kecewa plus sedih sebab baru je pakai handphone tu 3 minggu pastu hilang. kemana lah agaknya handphone aku tu lari kann. hmmmmmm.

Bertambah sedih aku bila jalan jalan then terjumpa model nokia tu lagi kat kedai. warna feveret aku pulak . hishhh ! rasa nak pecahkan pastu bawak lari je rasenya handphone kat kedai tu kan. hahah. so pasni aku kena la berhati-hati dengan barang-barang aku sume. kang takot barang yang lagi berharga milik aku pulak yang hilang kan. rasanya kalau lappy kesayangan aku ni hilang rasa mau bunuh diri aku kot. hahaha. arinn ! mane boleh bunuh diri ! tak baek. dosa taw taw. hahaha. ok sekarang kena kumpul duit balek la nak bali handphone lagi lah. hishhhh pokai aku camni la . chittttt !


Monday, November 15, 2010

Take me


I need someone,please come to me and say that u can take me for the new life.
saya tahu akan ada orang yang mampu untuk membahagiakan aku semula. yeahh ! that' rite arin. awak tak perlu terhegeh-hegeh kat perempuan yang sememangnya tak suka kan awak. masih ramai lagi perempuan diluar sana yang mempu membahagiakan awak arin. tapi awak kena ingat kalau awak dapat peluang sekali lagi,awak jangan persiakannya. lakukan yang terbaik dan janji pada diri yang perempuan itu adalah yang terakhir untuk kau. penuhi masa-masa kau dengan orang yang kita sayang. hargai lah dia dan terima lah dia seadanya. belajarlah dari kesilapan lalu dan jangan sesekali untuk melakukannya kembali. Tapi sape perempuan tu ? Berapa lama saye perlu tunggu ? perlu saya nak cari ? ohhh no mann ! sekarang bukannye mase nak bercinta-cinta ni arin. habiskan belajar dulu. ni pointer pon cukup cukup makan je ade hati lagi nak bercinta? it's enough arin. tak puas ke dengan nikmat dunia sume ni? masih banyak lagi benda yang kau perlu selesaikan. uruskan dulu kehidupan kau baru lah pikir pasal cinta. ok saya dah faham. Thanks.

kau loser arinn !


Sering kali aku terluka tapi hati ni masih jugak pakse untuk bertahan demi kau . Misi utama aku adalah untuk mendapatkan dia kembali tapi malangnya aku tak mampu bertahan. aku kalah dengan dugaan yang datangnya dari kau sendiri. aku juga manusia dan itu kau perlu tau. aku tak mampu untuk menawan hati kau kembali. yess arin kau loser ! boooooooooo !

Bukan milik kita


Kita tak mampu milik apa yang kita hajati. kita hanya mampu meluahkan apa saja yang kita mahu dan berjuta juta kali pun kita mampu mengungkapkannye apa yang mahu kita miliki. tapi mcm mana nak dapatkannya ? usaha lah lebih cikit arin. yeah i know usaha lebih cikit tapi jika dah usaha jugak kalau tuhan dah takdirkan kita tak akan dapat benda tu so kita tidak akan dapat lah. tuhan dah tetapkan perjalanan hidup kita dan kita sebagai hambaNya perlulah menerima

Perlu ke ?


perkataan yang pernah datangnya dari kau dan aku akui aku sangat kecewa dengan kenyataan itu. apa lagi yang mesti aku buat untuk mendapatkan kau kembali ? boleh tak kau senaraikannya semua supaya senang aku untuk lakukannya. dah banyak benda aku buat dan sumenye ternyata kau tak terima. dan sakit hati yang aku dapat setiap kali aku muncul untuk bersama kau. inikah balasan yang "wajib" aku terima agar hati kau puas? sampai bile kau nak puas? awak,saya dah penat dan saya dah tak mampu tunggu. boleh tak awak datang kat saya dan awak cakap awak terima saya kembali? Tapi itu tak mampu berlaku kerana sikap kau. kita sama-sama pernah melakukan kesilapan dan aku tahu aku pernah sakitkan hati kau dan sekarang giliran kau pula untuk menghukum aku. ok sekarang aku dah dapat balasannya. so ape lagi ? Think about that sayang.

Cemburu


Setinggi mane langit yang kau nampak setinggi itulah cemburu aku pada kau. mungkin itu yang buat kau tak selesa tapi itu lah sikap aku yang tidak siapa pon terima. aku mampu mengubahnya tapi aku tak mampu. Siapa tak cemburu jika orang yang kita sayang gembira bersama laki lain,berjalan berdua dan bermesra seperti sudah tidak mengendahkan sekeliling. Salah aku ke mencemburuinya? aku tahu semua ini berlaku kerana aku sering tiada bersama kau dan aku tak menemani setiap waktu lapang kau.  Aku ingin bersama kau selalu dan aku ingin menemani setiap hari sunyi kau tapi apakan daya aku. Aku tak punyai peluang untuk bersama kau selalu tetapi ingatlah bahawa aku sentiasa berada disisi kau.Jarak antara kita mencemburui kita sayang. kita ditakdirkan berpisah dengan berbagai cabaran dan aku akhirnya kalah dan aku terpaksa melepaskan kau

Hilang arah


Kemana perginya kebahagian dahulu,kemana letaknya senyuman yang selalu kau lemparkan setiap kali kita berjumpa. kemana hilangnya gelak tawa kau dan kemana hilangnya belaian kau yang selalu aku idamkan. aku tak sempurna dan aku tak punyai segala apa yang mampu dibanggakan. aku silap,aku tak jaga kau dengan baik,aku kejam sebab aku selalu mengendahkan kau. boleh tak ulangi semula waktu tersebut agar dapat aku hargai setiap perbuatan kau yang sebelum ini tak aku peduli. sekarang aku juga menyesal kerana telah mensia-siakan peluang yang muncul setiap kali ketika kita bersama dahulu. Tuhan,aku telah berdosa. Maafkanlah hambaMU ini

Pertemuan pertama


Aku masih ingat lagi pertemuan pertama kita dahulu,dah pada masu itulah kali pertama aku memandang kau betul betul dihadapan aku. aku sangat teruja dengan pertemuan pertama kita itu. kau datang padaku dengan senyuman. Hatiku mula melonjak sepangjang pertemuan itu,kau bagaikan milikku hingga ke akhir waktu. aku masih ingat lagi kali untuk kali pertamanya aku memegang tangan kau dan kau kata kan padaku yang hati kau mula berdebar. aku lepaskan gengaman ku agar kau selesa.  tapi itu semua hanya lah tinggal kenangan. tiada lagi tempat untuk aku mengadu,tiada lagi tempat aku bermanja,tiada lagi tempat aku mengisi masa sunyiku. kini siapa lah aku pada diri kau. kau tak lagi perlukan aku. aku bukan lagi tempat kau menagih kasih. ketika aku mengingatkan kembali kisah-kisah silam kita bersama,adakah kau turut memikirkannya ?

Macam dulu


Aku memohon padaMU tuhan,kembalikan lah masa-masa silam ketika aku bersamanya. aku rindukan saat-saat kita duduk bersama,berbicara soal kita,bergurau bersama,bercerita bersama,berjalan bersama-sama,menonton wayang,bergambar bersama-sama.aku rindukan sentuhan mu sayang. aku masih nak kau hangatkan tangan aku,aku masih nak kau membelai aku,aku perlukan semua itu. tolong fahami jiwa aku sayang,jangan kau seksa aku sebegini. hatiku sangat hancur sekarang. berhentilah dari menunding sesama kita sayang. kita masih punyai masa untuk kembali semula. kita masih ada peluang untuk bahagia semula. kita masih mampu untuk menyayagi kembali. kita masih sempat untuk memulakannya sayang. kita masih belum terlambat. dan jika perkara ini berlaku kembali,aku berjanji akan menjadi seorang yang baru. seorang yang mampu menemani kau sepanjang masa,sentiasa mendengar cerita kau dan kita mampu untuk membina kehidupan yang baru.