Sering kali aku terluka tapi hati ni masih jugak pakse untuk bertahan demi kau . Misi utama aku adalah untuk mendapatkan dia kembali tapi malangnya aku tak mampu bertahan. aku kalah dengan dugaan yang datangnya dari kau sendiri. aku juga manusia dan itu kau perlu tau. aku tak mampu untuk menawan hati kau kembali. yess arin kau loser ! boooooooooo !
Monday, November 15, 2010
Bukan milik kita
Kita tak mampu milik apa yang kita hajati. kita hanya mampu meluahkan apa saja yang kita mahu dan berjuta juta kali pun kita mampu mengungkapkannye apa yang mahu kita miliki. tapi mcm mana nak dapatkannya ? usaha lah lebih cikit arin. yeah i know usaha lebih cikit tapi jika dah usaha jugak kalau tuhan dah takdirkan kita tak akan dapat benda tu so kita tidak akan dapat lah. tuhan dah tetapkan perjalanan hidup kita dan kita sebagai hambaNya perlulah menerima
Perlu ke ?
perkataan yang pernah datangnya dari kau dan aku akui aku sangat kecewa dengan kenyataan itu. apa lagi yang mesti aku buat untuk mendapatkan kau kembali ? boleh tak kau senaraikannya semua supaya senang aku untuk lakukannya. dah banyak benda aku buat dan sumenye ternyata kau tak terima. dan sakit hati yang aku dapat setiap kali aku muncul untuk bersama kau. inikah balasan yang "wajib" aku terima agar hati kau puas? sampai bile kau nak puas? awak,saya dah penat dan saya dah tak mampu tunggu. boleh tak awak datang kat saya dan awak cakap awak terima saya kembali? Tapi itu tak mampu berlaku kerana sikap kau. kita sama-sama pernah melakukan kesilapan dan aku tahu aku pernah sakitkan hati kau dan sekarang giliran kau pula untuk menghukum aku. ok sekarang aku dah dapat balasannya. so ape lagi ? Think about that sayang.
Cemburu
Setinggi mane langit yang kau nampak setinggi itulah cemburu aku pada kau. mungkin itu yang buat kau tak selesa tapi itu lah sikap aku yang tidak siapa pon terima. aku mampu mengubahnya tapi aku tak mampu. Siapa tak cemburu jika orang yang kita sayang gembira bersama laki lain,berjalan berdua dan bermesra seperti sudah tidak mengendahkan sekeliling. Salah aku ke mencemburuinya? aku tahu semua ini berlaku kerana aku sering tiada bersama kau dan aku tak menemani setiap waktu lapang kau. Aku ingin bersama kau selalu dan aku ingin menemani setiap hari sunyi kau tapi apakan daya aku. Aku tak punyai peluang untuk bersama kau selalu tetapi ingatlah bahawa aku sentiasa berada disisi kau.Jarak antara kita mencemburui kita sayang. kita ditakdirkan berpisah dengan berbagai cabaran dan aku akhirnya kalah dan aku terpaksa melepaskan kau
Hilang arah
Kemana perginya kebahagian dahulu,kemana letaknya senyuman yang selalu kau lemparkan setiap kali kita berjumpa. kemana hilangnya gelak tawa kau dan kemana hilangnya belaian kau yang selalu aku idamkan. aku tak sempurna dan aku tak punyai segala apa yang mampu dibanggakan. aku silap,aku tak jaga kau dengan baik,aku kejam sebab aku selalu mengendahkan kau. boleh tak ulangi semula waktu tersebut agar dapat aku hargai setiap perbuatan kau yang sebelum ini tak aku peduli. sekarang aku juga menyesal kerana telah mensia-siakan peluang yang muncul setiap kali ketika kita bersama dahulu. Tuhan,aku telah berdosa. Maafkanlah hambaMU ini
Pertemuan pertama
Aku masih ingat lagi pertemuan pertama kita dahulu,dah pada masu itulah kali pertama aku memandang kau betul betul dihadapan aku. aku sangat teruja dengan pertemuan pertama kita itu. kau datang padaku dengan senyuman. Hatiku mula melonjak sepangjang pertemuan itu,kau bagaikan milikku hingga ke akhir waktu. aku masih ingat lagi kali untuk kali pertamanya aku memegang tangan kau dan kau kata kan padaku yang hati kau mula berdebar. aku lepaskan gengaman ku agar kau selesa. tapi itu semua hanya lah tinggal kenangan. tiada lagi tempat untuk aku mengadu,tiada lagi tempat aku bermanja,tiada lagi tempat aku mengisi masa sunyiku. kini siapa lah aku pada diri kau. kau tak lagi perlukan aku. aku bukan lagi tempat kau menagih kasih. ketika aku mengingatkan kembali kisah-kisah silam kita bersama,adakah kau turut memikirkannya ?
Macam dulu
Aku memohon padaMU tuhan,kembalikan lah masa-masa silam ketika aku bersamanya. aku rindukan saat-saat kita duduk bersama,berbicara soal kita,bergurau bersama,bercerita bersama,berjalan bersama-sama,menonton wayang,bergambar bersama-sama.aku rindukan sentuhan mu sayang. aku masih nak kau hangatkan tangan aku,aku masih nak kau membelai aku,aku perlukan semua itu. tolong fahami jiwa aku sayang,jangan kau seksa aku sebegini. hatiku sangat hancur sekarang. berhentilah dari menunding sesama kita sayang. kita masih punyai masa untuk kembali semula. kita masih ada peluang untuk bahagia semula. kita masih mampu untuk menyayagi kembali. kita masih sempat untuk memulakannya sayang. kita masih belum terlambat. dan jika perkara ini berlaku kembali,aku berjanji akan menjadi seorang yang baru. seorang yang mampu menemani kau sepanjang masa,sentiasa mendengar cerita kau dan kita mampu untuk membina kehidupan yang baru.
Subscribe to:
Posts (Atom)






