Monday, November 15, 2010

Cemburu


Setinggi mane langit yang kau nampak setinggi itulah cemburu aku pada kau. mungkin itu yang buat kau tak selesa tapi itu lah sikap aku yang tidak siapa pon terima. aku mampu mengubahnya tapi aku tak mampu. Siapa tak cemburu jika orang yang kita sayang gembira bersama laki lain,berjalan berdua dan bermesra seperti sudah tidak mengendahkan sekeliling. Salah aku ke mencemburuinya? aku tahu semua ini berlaku kerana aku sering tiada bersama kau dan aku tak menemani setiap waktu lapang kau.  Aku ingin bersama kau selalu dan aku ingin menemani setiap hari sunyi kau tapi apakan daya aku. Aku tak punyai peluang untuk bersama kau selalu tetapi ingatlah bahawa aku sentiasa berada disisi kau.Jarak antara kita mencemburui kita sayang. kita ditakdirkan berpisah dengan berbagai cabaran dan aku akhirnya kalah dan aku terpaksa melepaskan kau

No comments:

Post a Comment