Wednesday, December 29, 2010

ini untuk awak

Did I disappoint you or let you down?
Should I be feeling guilty or let the judges frown?
'Cause I saw the end before we'd begun,
Yes I saw you were blinded and I knew I had won.
So I took what's mine by eternal right.
Took your soul out into the night.
It may be over but it won't stop there,
I am here for you if you'd only care.
You touched my heart you touched my soul.
You changed my life and all my goals.
And love is blind and that I knew when,
My heart was blinded by you.
I've kissed your lips and held your hand.
Shared your dreams and shared your bed.
I know you well, I know your smell.
I've been addicted to you.

nothing

saya tidak gembira dengan keadaan saya sekarang. sangat sunyi,sangat kosong. tiada apa yang lebih bermakna lagi sekarang. saya perlukan dia dan dia tidak perlukan saya. saya menunggu dia seharian dan dia tidak merasakan begitu. saya terpinggir. tidak lagi dinanti,tidak lagi disebut sebut oleh dia.

Ada jalan lain ? sudah puas mencari dah mencuba tetapi tetap gagal. Semuanya seperti sudah ditetapkan dan peluang adalah sifar. jika tiada aku pon tidak bermakna lagi bagi dia. aku hilang seribu tahun pon tidak mengapa. siapa lah aku. aku tiada kesan lagi bagi dia. mungkin dia merahsia sesuatu? mungkin dia perlukan aku? siapa tahu? tapi mungkin tidak. keadaan dah menunjukkan kau perlu berundur dari hidup dia arin. tapi tidak sama sekali ! perjuangan masih panjang. hati perlu lagi kuat,jiwa perlu lagi di kawal. ada hari untuk kau tetapi bukan sekarang arin. kau perlu bersabar. yeahhhhhhh !


Mia saraaaaaaa ! awak comel lerrrr ! Grrrrr



nanti nak dapat anak comel camni boleh tak ?

Tuesday, December 14, 2010

Berharap sesuatu


 nadia,aku rindukan kau. setiap malam aku terbayangkan wajah kau nadia. aku hampir menangis lagi. kau umpama lilin yang selalu menemani aku. disaat kau tiada,dunia aku gelap. aku tidak nampak jalan nadia. aku buta. kau pimpin lah aku. aku perlukan kau. kesilapan aku tidak mampu kau maafkan tetapi aku mahu ada didalam hati kau lagi nadia. aku mahukan seperti dulu. aku masih tidak lupa kenangan kita. kita berjalan bersama. berpengangan tangan,kau membelai aku. aku sentuh pipi kau. aku teruja bersama kau nadia. jarak bukan menjadi halangan untuk kita. aku nak kau ingat balik kenangan kita nadia. memang aku bodoh melepaskan kau. aku tak fikir panjang disaat aku meluahkan kata putus terhadap kau. kau perempuan,aku tahu kau lemah tapi aku juga begitu. aku cepat sebak bila mengenangkan nasib aku. tolonglah nadia,beri lah aku peluang untuk kembali bernyawa,untuk merasa kembali saat manis kita. aku tahu kau punya teman baru,aku tahu kau punyai penganti tetapi berilah aku sedikit peluang untuk aku mengecapi kebahagian yang pernah kita ukir dahulu. aku marah kau . yeaa ! aku selalu menegur perbuatan kau tetapi itu sebab aku sayangkan kau. aku nak jaga kau. aku nak kawal kau tapi itu sedikit nadia. aku tetap memberi peluang untuk kau membuat perkara yang kau mahu tapi kau harus ingat semua itu ada batasannya. kau sudah besar dan kau tahu mana baik dan yang mana buruk. aku percaya pada kau dan aku tahu kau mampu. kau tiada peganti bagi aku. aku melihat kau dengan keindahan. air muka kau cukup membuatkan aku sedih. sekarang setiap malamku keseorangan tanpa kau menemaniku.aku tahu kau masih menyayangi aku. aku dapat rasa yang kau masih merindui aku. walaupun sedikit perhatian yang kau berikan kepada aku,aku amat hargainya nadia. setiap kata kata kau membuatkan aku semangat untuk meneruskan hari hari aku. nadia. aku nak kau tahu yang aku amat menyayangi kau. aku tak nak kehilangan kau. aku tak mahu merosakkan masa depan kau. aku nak kau berjaya. aku nak hidup bersama kau. aku mahukan kau sebagai teman aku sehingga aku tiada nadia. aku berjanji akan menunggu kau. menunggu kau nadia. aku akan tunggu kau walau ape pon cabaran yang akan aku tempuh aku tetap mahukan kau. hanya kau seorang. nadia. i miss you so much. 


Monday, December 13, 2010

vans authentic queen pack




yeayyyyyy dapat kasut ni akhirnye. suke-suke. hehehe. Bertemankan amal,akam dan ubai. akhirnye aku beli jugak kasut ni. walaupon harganye macam nak meletup jugak la kepala ni tengok tapi suke punye pasal aku beli jugak. first nak kasut nike sb classics tapi tak dapat pon. dapat kasut ni pon dah ok lahh. Harap kasut ni dapat mengantikan kasut aku yang dah buruk tu. harap jugak kasut ni boleh berjasa or bawak tuah kat aku. tapi korang tengok kasut ni camne,ok tak ? cantik tak ? cantik kan kan kan. hahaha. erhhhhh,cuti sem dah nak abis . tinggal bape hari lagi je aku kat rumah then pasni dah kat melaka. dah tak dapat nak makan banyak banyak lagi lah kat rumah. ishhhh. tak pe lah. abis je aku study ni aku nak terus kerja. kalau result ok aku sambung la degree. harap harap berjaya lah. lepas tu nak dapatkan kerja yang bagus. nak sara mak ngn ayah. doakan aku dapat semua ni taw kawan kawan. sayang korang sume . hehehhe . bye

Monday, December 6, 2010

Hari-hari yang sama.

Malam ni aku menangis lagi sebab kau. aku cepat tersentuh dengan kau. kenapa perlu begitu ? siapa dia dalam hidup aku ? bukan dia dah pergi jauh meningalkan aku ke ? buat apa terburu-buru menanti kau. buat ape perlu berhubung dengan kau lagi. ape ada pada aku ? kau cari aku lagi ? aku cari kau lagi ? perlu rindu ? perlu sayang dia lagi ? kau jahat arin. kau paksa dia. kau kongkong dia. kau tak jaga hati dia. kau tinggalkan dia. kau marah dia. tak boleh macam tu. dia perempuan. kau laki. kau penting kan diri. kau biar dia sedih sorang-sorang. dia perlu teman. tapi boleh sekarang ? dah terlambat. kau lambat. dia dah pergi. jaoh dan kau tak perlu cari dia. dia tak perlukn kau lagi. kau jaga family kau lagi bagus rin. diorang masa depan kau. diorang tolong kau waktu kau susah. ingat tuhan rin. solat jangan lupa. mintak dari tuhan. ingat pelajaran. jangan seronok menikmati dunia,akhirat menanti kau buat selamanya.

Sunday, December 5, 2010

you ! yess you !


i want nobody nobody but you.
i know you know what i mean.

Monday, November 29, 2010

Hari hari macam ni. Humpphhh

Bosannye hari hari online then tengok tv pastu makan last sekali tido. huhh ! benci nye. tak de benda lain yang nak dibuat. nak kua lepak kawan kat sini pon tak ramai. maklomlah tak popular. hehe. Actually tak sabar nak jalan singapore naik basikal. Ada event ride 150km seluruh singapore. excitednye ! mesti mase tu basikal aku kot yang paling buruk. hehe. ok nak cite pasal malam tadi ada kemalangan berlaku depan mata. first time seyh. takot tengok budak dua orang tu. sorang kepala bedarah and sorang lagi macam dah tak bermaya. nasib baik ada orang tolong bawak g klinik. Tempat eksiden tu gelap,lampu jalan tu ada tapi tak hidup that why eksiden tu boleh berlaku. bahaya betul. ape lah kontraktor jalan tu kan. Menyusahkan pengguna jalan betul. ok jam menunjukkan pukul 4.11am dan tak de pape pon nak dibuat. dah boleh tido la ni. ok goodnite people. dadaa <3

Sunday, November 28, 2010

Badan sakit.

ouchhhhhhhhhhh ! so sick. badan sangat sakit. tu lah semalam ngade ngade sangat nak g gig. kan dah sakit. padan muke kau arin, hahaha. tapi semalam paling best sbb ada breakin chain. korang mmg terbaik. sayang korang, hehhe. ok nak cite cikit pasal obses aku terhadap gig nie. semenjak dari abis SPM aku dah start suka kat gig. mula ngn indie sampailah ke last genre aku suke. hardcore. iye,hardcore lah last genre yang aku minat. aku tak tau nape tapi bile sebuah band live perform depan aku dengan bunyi alunan gitar,aku rasekan suatu kekuatan dari diri aku. tapi yang bestnye time time band tengah perform pon aku boleh emo sekejap sbb kadang kadang aku flashback pasal kehidupan aku then aku lepaskan lah kat gig tu. Sekarang ni gig pon dah makin kurang sambutan. kalau ada gig pon yang datang tu cume bape orang je boleh dikira. aku respect sangat kat band yang sanggup jaoh jaoh datang semata mata nak perfom walaupon diorang langsung tak dapat bayaran. okayy sampai sini je la untuk entri kali ini. berjumpa lagi di lain post. byebye <3

Friday, November 26, 2010

sumpah kau comel


Antara sebab kenapa aku masih tak boleh lupakan kau adalah sebab kau comel. sumpah doe kau comel. hahaha. kalau kau bace entri ni nadia mesti kau marah gila kat aku kan. tapi aku tak peduli semua tu. haha.
kenapa la kan kau comel. tgk la pipi kau tu dah macam kuih pau dah,bibir kau dah macam nak kena gigit taw! hahaha. aku geram doe ngn kau. aku nak culik kau pastu aku nak ajak kau kawin lari kat thailand sana, nnti dah kawin boleh aku tgk muke kau yang comel tu hari-hari. bangun tido je terus tgk muke kau nadia.. wahh bestnye.. hehehe. jom la kawin ngn aku nadia, jom jom. :-)

Thursday, November 25, 2010

im not "stump"

Kehadiran aku disetiap harimu amat menyeksakan kau. aku bagaikan seorang manusia yang tak punyai apa. aku sedar diri aku tidak sempurna. au tahu aku tidak seperti lelaki yang kau idamkan tapi kau perlu tahu aku punyai hati yang ikhlas. Apa kesan aku terhadap kau wahai perempuan ? ikhlas kah kau melayan aku ? adakah kau sengaja melontarkan lakonan selama ini ? salahkah aku menemani kau ? aku perlukan kau tetapi kau mengendahkannya. Ingati lah setiap kataku dan itu adalah benar. berubahlah wahai "perempuan". aku sudah penat untuk melayan setiap alasan kau. aku tahu itu semua dusta. tapi demi kau aku percaya. aku bukan bodoh,aku menghormati kau. sampai bila kau perlu begini ? sedarlah wahai "perempuan",


*perempuan = someone 

bye bye Melaka,Hello Batu pahat !


Dataran batu pahat

Siang tadi selesai sudah paper terakhir aku untuk sem 3. setelah di belenggu selama hampir seminggu dengan persiapan untuk final exam akhirnya aku bebas. Bebas untuk cuti sem selama 3 minggu. cukup tak ? tak cukup la. Dato' Saroni boleh tak kalau tambah lagi sebulan cuti tu ? hehehe

Cuti agak-agak nak buat ape. Hmmmmmmmm. Okay first mesti kena siapkan basikal untuk ke Tour of Singapore. yeaayyyyyyyyyyy ! singapore. harap masa tu dapat meet kawan baru. dapat tgk basikal yang cantik dan mahal belas belas ribu. ohh lupe pulak pasport belum buat. heee. ishhh bila la loan nak keluar ni. banyak benda nak kena buat ni. ishhh saba je la. 

Seronok-seronok jugak. Pointer sem ntah bape agaknye kan. Hmmmm. harap harap memberangsangkan lah. saya nak graduate . please anyone help me. sobsobb -___-






Tuesday, November 23, 2010

Nak ni !


cantik tak kasut ni ? yeke cantik ? okkayy saya nak kasut ni. kasut untuk sem depan. actually ada satu lagi warna. warna hijau tapi saya tak nak. nak warna merah jugak. boleh ke nak bawak g koleg kasut ni ? kang nnti orang cakap aku menunjuk kasut pulak. ahhhhh peduli apa la. bukan kasut korang pon. kasut aku kan. haha. belagak kan saya ? ok kena dapatkan kasut ni.mesti nak beli. ingat. mest nak beli !im wait for you nike sb! 

Tuesday, November 16, 2010

Rindu ini orang.

Nadia & ayit

Rindunye dekat dua orang ni. rindu sangat-sangat. dulu selalu lepak sama-sama, kalau turun jb je muke-muke ni la yang selalu menemani aku. lepak sampai lebam,tengok movie la teman aku shopping la. thanks friends ! i love u all ! tapi sekarang hubungan dah tak macam dulu. dah tak semesra dulu.dah jarang lepak. sedihnya. bila la agaknya dapat lepak sama-sama lagi kan. Harap-harap kalau aku ada buat silap kat kotang berdua ni aku mintak maaf taw. aku sentiasa ingat kat korang. nnti kalau jumpe tergur-tegur la taw. ok dah panjang sangat ni aku bebel. hahaha. see u in the next post. tataaa

Selamat Hari Raya Aidiladha !


Selamat hari raya aidiladha diucapkan kepada seluruh umat islam didunia. bersyukur kerana masih dapat merasai kenikmatan berhari raya bersama keluarga tersayang. harini sangat best,bangun je dari tido tengok-tengok dah ada nasi himpit,ayam masak kicap,sambal kacang,wahh sedapnyeee. kat kawan-kawan yang kat rumah sewa kat melaka tu jangan risau tak dapat makan taw,kang aku balek ni aku bawakkan makanan untuk korang. makan la sampai lebam. hahahaha. ok dikesempatan ini,saya nazrin shah ismaon ingin memohon maaf kepada sesiapa yang mengenali diri ini jika ada terkasa bahasa,terkecil hati ke. almaklom la kita kadang-kadang tak sedar yang kita dah buat silap so jangan berkecit hati yea. sekian saja dari saya. bye!

siapa dia ni ?

hye awak . boleh kenal tak ? sape nama awak ? awak duduk mana ? awak,awak, dengar tak saya cakap ni. nape awak diam je nie. awak ni sebok je ngn rim awak tu,tak endahkan saya pon. huhh ! benci!. hahaha

sapa minah ni ? ada sapa-sapa kenal tak? kalau ada tolong bagitau saya taw taw. hhaha. cantik la dia taw comel pon. saya suke tgk muka dia. kalau saya nampak awak kat mane-mane saya terus culik awak taw. haaaa jage-jage. uhhhhhh! shitt man ! bila la nak dapat awek comel camni kan.

beskal/basikal





Tak kisah lah orang nak cakap fixie ni hipster ke ikut trend ke ape ke yang penting aku rase "cool" sangat bile bersama basikal aku. hahaha. betul la ingat tipu ke. korang sume tak pernah rasa kan bawak basikal bile dah besa ni. cuba la sesekali bawak basikal then korang akan dapat rasakan apa yang aku rasa. bila stress senang aja ! just take your bike and ride la sampai mampus laju laju sorang sorang. ok gerek kan? nak emo sambil ride pon boleh. nampak kan permainannye,nampak tak nampak tak ? hahaha

kucing ohh kucing


meoww meoww meoww. comelkan kucing ni. ohh mann ! saya dah mula obses semula denga kucing. tak tau lah nape kan. bile tgk balek gambar kat atas ni rasa macam nak hug and kiss je kucing ni kan.. hiishhh nape la kau comel sangat kucing. meoww meooww meh sini meh. ishhh gerammnyeeee ! p/s sape-sape ada kucing sila sedekahkan satu. hahaha

Nak baju ni

saya nak saya nak ! saya nak baju. baju ni ! ohhhhh cantik sangattt. baju ni baju rebel8. harap-harap baju ni ada kat crossover. harap-harap juga tokey crossover tu bawak masuk baju ni. agak-agak kalau aku ni anak or adik tokey kedai tu kan best,dapat pakai ape baju pon yang aku nak. hahaha bestnye.

Rindu !


ohhhhh tidakkkk ! rindunya sama handphone yang hilang tu !! dah bukan rezeki aku nak pakai handphone tu lame lame kan. aku pon rasa kecewa plus sedih sebab baru je pakai handphone tu 3 minggu pastu hilang. kemana lah agaknya handphone aku tu lari kann. hmmmmmm.

Bertambah sedih aku bila jalan jalan then terjumpa model nokia tu lagi kat kedai. warna feveret aku pulak . hishhh ! rasa nak pecahkan pastu bawak lari je rasenya handphone kat kedai tu kan. hahah. so pasni aku kena la berhati-hati dengan barang-barang aku sume. kang takot barang yang lagi berharga milik aku pulak yang hilang kan. rasanya kalau lappy kesayangan aku ni hilang rasa mau bunuh diri aku kot. hahaha. arinn ! mane boleh bunuh diri ! tak baek. dosa taw taw. hahaha. ok sekarang kena kumpul duit balek la nak bali handphone lagi lah. hishhhh pokai aku camni la . chittttt !


Monday, November 15, 2010

Take me


I need someone,please come to me and say that u can take me for the new life.
saya tahu akan ada orang yang mampu untuk membahagiakan aku semula. yeahh ! that' rite arin. awak tak perlu terhegeh-hegeh kat perempuan yang sememangnya tak suka kan awak. masih ramai lagi perempuan diluar sana yang mempu membahagiakan awak arin. tapi awak kena ingat kalau awak dapat peluang sekali lagi,awak jangan persiakannya. lakukan yang terbaik dan janji pada diri yang perempuan itu adalah yang terakhir untuk kau. penuhi masa-masa kau dengan orang yang kita sayang. hargai lah dia dan terima lah dia seadanya. belajarlah dari kesilapan lalu dan jangan sesekali untuk melakukannya kembali. Tapi sape perempuan tu ? Berapa lama saye perlu tunggu ? perlu saya nak cari ? ohhh no mann ! sekarang bukannye mase nak bercinta-cinta ni arin. habiskan belajar dulu. ni pointer pon cukup cukup makan je ade hati lagi nak bercinta? it's enough arin. tak puas ke dengan nikmat dunia sume ni? masih banyak lagi benda yang kau perlu selesaikan. uruskan dulu kehidupan kau baru lah pikir pasal cinta. ok saya dah faham. Thanks.

kau loser arinn !


Sering kali aku terluka tapi hati ni masih jugak pakse untuk bertahan demi kau . Misi utama aku adalah untuk mendapatkan dia kembali tapi malangnya aku tak mampu bertahan. aku kalah dengan dugaan yang datangnya dari kau sendiri. aku juga manusia dan itu kau perlu tau. aku tak mampu untuk menawan hati kau kembali. yess arin kau loser ! boooooooooo !

Bukan milik kita


Kita tak mampu milik apa yang kita hajati. kita hanya mampu meluahkan apa saja yang kita mahu dan berjuta juta kali pun kita mampu mengungkapkannye apa yang mahu kita miliki. tapi mcm mana nak dapatkannya ? usaha lah lebih cikit arin. yeah i know usaha lebih cikit tapi jika dah usaha jugak kalau tuhan dah takdirkan kita tak akan dapat benda tu so kita tidak akan dapat lah. tuhan dah tetapkan perjalanan hidup kita dan kita sebagai hambaNya perlulah menerima

Perlu ke ?


perkataan yang pernah datangnya dari kau dan aku akui aku sangat kecewa dengan kenyataan itu. apa lagi yang mesti aku buat untuk mendapatkan kau kembali ? boleh tak kau senaraikannya semua supaya senang aku untuk lakukannya. dah banyak benda aku buat dan sumenye ternyata kau tak terima. dan sakit hati yang aku dapat setiap kali aku muncul untuk bersama kau. inikah balasan yang "wajib" aku terima agar hati kau puas? sampai bile kau nak puas? awak,saya dah penat dan saya dah tak mampu tunggu. boleh tak awak datang kat saya dan awak cakap awak terima saya kembali? Tapi itu tak mampu berlaku kerana sikap kau. kita sama-sama pernah melakukan kesilapan dan aku tahu aku pernah sakitkan hati kau dan sekarang giliran kau pula untuk menghukum aku. ok sekarang aku dah dapat balasannya. so ape lagi ? Think about that sayang.

Cemburu


Setinggi mane langit yang kau nampak setinggi itulah cemburu aku pada kau. mungkin itu yang buat kau tak selesa tapi itu lah sikap aku yang tidak siapa pon terima. aku mampu mengubahnya tapi aku tak mampu. Siapa tak cemburu jika orang yang kita sayang gembira bersama laki lain,berjalan berdua dan bermesra seperti sudah tidak mengendahkan sekeliling. Salah aku ke mencemburuinya? aku tahu semua ini berlaku kerana aku sering tiada bersama kau dan aku tak menemani setiap waktu lapang kau.  Aku ingin bersama kau selalu dan aku ingin menemani setiap hari sunyi kau tapi apakan daya aku. Aku tak punyai peluang untuk bersama kau selalu tetapi ingatlah bahawa aku sentiasa berada disisi kau.Jarak antara kita mencemburui kita sayang. kita ditakdirkan berpisah dengan berbagai cabaran dan aku akhirnya kalah dan aku terpaksa melepaskan kau

Hilang arah


Kemana perginya kebahagian dahulu,kemana letaknya senyuman yang selalu kau lemparkan setiap kali kita berjumpa. kemana hilangnya gelak tawa kau dan kemana hilangnya belaian kau yang selalu aku idamkan. aku tak sempurna dan aku tak punyai segala apa yang mampu dibanggakan. aku silap,aku tak jaga kau dengan baik,aku kejam sebab aku selalu mengendahkan kau. boleh tak ulangi semula waktu tersebut agar dapat aku hargai setiap perbuatan kau yang sebelum ini tak aku peduli. sekarang aku juga menyesal kerana telah mensia-siakan peluang yang muncul setiap kali ketika kita bersama dahulu. Tuhan,aku telah berdosa. Maafkanlah hambaMU ini

Pertemuan pertama


Aku masih ingat lagi pertemuan pertama kita dahulu,dah pada masu itulah kali pertama aku memandang kau betul betul dihadapan aku. aku sangat teruja dengan pertemuan pertama kita itu. kau datang padaku dengan senyuman. Hatiku mula melonjak sepangjang pertemuan itu,kau bagaikan milikku hingga ke akhir waktu. aku masih ingat lagi kali untuk kali pertamanya aku memegang tangan kau dan kau kata kan padaku yang hati kau mula berdebar. aku lepaskan gengaman ku agar kau selesa.  tapi itu semua hanya lah tinggal kenangan. tiada lagi tempat untuk aku mengadu,tiada lagi tempat aku bermanja,tiada lagi tempat aku mengisi masa sunyiku. kini siapa lah aku pada diri kau. kau tak lagi perlukan aku. aku bukan lagi tempat kau menagih kasih. ketika aku mengingatkan kembali kisah-kisah silam kita bersama,adakah kau turut memikirkannya ?

Macam dulu


Aku memohon padaMU tuhan,kembalikan lah masa-masa silam ketika aku bersamanya. aku rindukan saat-saat kita duduk bersama,berbicara soal kita,bergurau bersama,bercerita bersama,berjalan bersama-sama,menonton wayang,bergambar bersama-sama.aku rindukan sentuhan mu sayang. aku masih nak kau hangatkan tangan aku,aku masih nak kau membelai aku,aku perlukan semua itu. tolong fahami jiwa aku sayang,jangan kau seksa aku sebegini. hatiku sangat hancur sekarang. berhentilah dari menunding sesama kita sayang. kita masih punyai masa untuk kembali semula. kita masih ada peluang untuk bahagia semula. kita masih mampu untuk menyayagi kembali. kita masih sempat untuk memulakannya sayang. kita masih belum terlambat. dan jika perkara ini berlaku kembali,aku berjanji akan menjadi seorang yang baru. seorang yang mampu menemani kau sepanjang masa,sentiasa mendengar cerita kau dan kita mampu untuk membina kehidupan yang baru.

Thursday, September 16, 2010

Saya nak beli benda nie boleh tak mak ? pleasee

Tapi sebenarnye aku tak suroh pon mak aku belikan. mane boleh beb da besa-besa nak suroh mak or ayah belikan. maluu laaa.
Aku post gamba2 kasut ngn topi ni saje je nak tunjukkan kat korang yang minat aku terhadap brand2 yang macam ni. bukan nak menunjuk or belagak ke ape ke just sape2 yang minat kat brand yang same macam aku nie,korang boleh la berkongsi2 pendapat or tempat2 yang korang tau benda nie ad jual. kalau setakat nak bagitau ada jual pakai online tak payah la ye. awal2 lagi dah bagitau nie. hahaha.

bile agaknye dapat stuff camni kan ?

kena la tunggu dah ad kerja yang baik nie. nak beli yang lagi mahal dari in pon boleh. janji duit ada sume pon kite boleh dapat. betol tak kawan2 ? hahaha.

ok harap-harap impian aku nie menjadi kenyataan lah yea..
same-same la korang doakan untuk aku. aminnnnn

Macam mane nak dapatkan Toyota Hilux nie ?

hilux ohh hilux.
hahaha,mesti korang sume tergelak kan bile aku keluarkan statement camni.yela aku sebenarnye memamg mengidam sangat kat toyota hilux nie. sebab ape ? haaa. sebab aku kan ada basikal. so aku kalau boleh nak angkut je basikal aku ni pakai toyota hilux ni then aku bawak la g jb ke kl ke. kan senang. hahaha. tak payah la nak ride sampai jaoh semata-mata nak jumpe kawan kite.

ok kepada kawan2 aku rasenye korang la antara orang yang pertama memjejaki toyota hilux aku nie kalau impian aku ni jadi kenyataan la. sebab aku time tak de kenderaan nie korang selalu je bawak aku kua jalan2 nek keta korang kan. ni kire mase nak balas balek la kat korang. baik tak aku ? hahahha

Main bola dalam kapal terbang

Ada 26 orang gila, mereka mahu diuji kesihatan mentalnya di Amerika.

Mereka diangkut menggunakan pesawat Hercules yang besar!

Sewaktu di udara,orang- orang gila itu bising kerana bermain bola di dalam pesawat. Si kapten marah dan menyuruh co-pilot untuk menenangkan mereka.

"Hoi! Bising la korang ni! Jangan maen bola di dalam pesawat, bahaya! bentak co-pilot kepada orang-orang gila.

Akhirnya situasi menjadi tenang. Tapi lama-lama si kapten curiga karena situasinya terlalu tenang. Dia menyuruh lagi co-pilotnya untuk cek ke belakang.

Ketika co-pilot datang, dia terkejut setengah hidup! (setengah mati juga, sama aja kan ). Orang gilanya tinggal empat orang! "Hei, ! Kenapa tinggal berempat? Yang lain ke mana?"

"Abisnya tak boleh main bola di dalam kapal. Mereka jadi main bola di luar.."�

"Hah?! tapi, kenapa korang ada di dalam?"�

"Kan kitaorang pemain simpanan!"�

huhuhu

Bagaimana hendak menaikkan berat badan?

Dapatkan nasihat daripada doktor anda untuk memastikan bahawa anda tiada mengalami masalah perubatan yang berkaitan. Jika anda tiada mengalami masalah perubatan yang berkaitan, berat badan boleh dinaikkan dengan :
  • Meningkatkan pengambilan makanan untuk meningkatkan kalori.
  • Jika anda seorang yang tidak makan dalam jumlah yang banyak, anda boleh makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.
    • Cuba makan enam kali sehari (waktu makan utama dan snek) seperti makan sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam ("supper").
    • Snek untuk minum pagi, minum petang dan minum malam perlulah sihat dan berkhasiat.
  • Pilih makanan yang mempunyai kandungan protein dan kalori yang tinggi.
  • Makan makanan yang sihat dan seimbang. Sila rujuk Panduan Pemakanan Sihat.
  • Selalu bersenam. Senaman boleh meningkatkan selera anda.
  • Dapatkan waktu tidur yang cukup. Badan anda akan menyimpan kalori pada waktu anda tidur.

Bank-bank/syarikat kewangan yang dikuasai oleh zionist/freemason/illuminati


1. Federal Reserve Bank (yang mencetak Dollar Amerika)
2. Rothchilds
3. Russell Investment
4. Chase Manhattan Group
5. AIG
6. The Lazard Brothers
7. Kuhn-Loeb Company
8. Goldman Sach
9. Lehman Brothers
10. Morgan-Stanley
11. Citibank
12. Bank of England
13. Swiss Bank
14. HSBC
15. Barclays Bank
16. Jacob-Schiff bank
17. Deutch Bank
18. American Express
19. ING

Seronok beraye di hari raye ke-4 dan kemalangan.

Rumah botak
                              
Pagi-pagi lagi kawan aku da amek aku nak ajak raye kat umah kawan2 yang kiteorang dah plan pade hari semalam. sangat lah bz arini sebab banyak rumah yang nak diraye pada ari nie. terasa best yang amat la sbb dapat beraya bersama kawan-kawan yang sangat aku sayang.

Rasenye mmg best la raye taon nie sbb tak pernah pernah raye rumah kawan nek keta nie. selalunye dulu kalau nak beraye mmg naek motor je. pastu yang paling penting aku beraya bersama nadia aku. terase gembira sgt2 la. thanks nadia sbb teman arin  beraya. <3

Dalam perjalanan nak ke rumah kawan,tibe2 eksiden pulak. nasib baek la sume selamat. tp yang tak sedapnye,keta si amal ni bahagian depannye remuk abis. kesian pulak kat dia sbb dia nak kena berhadapan ngn mak ayah dia. aku harap kau dapat menempuhnye amal. i will pray for you.

Perjalan diteruskan jugak sebab dah janji nak beraya kat rumah kawan ni dan rumah dia adalah rumah yang terakhir untuk kiteorang. agak seronok la sebab kat di hari raye ni lah kite dapat berkumpul sesame kawan kite dan dapat jugak bermaafan.


Friends,thanks for wake me from grief and thanks to cheer me again